Wednesday, July 12, 2017

SeiZe ThE dAY

Carpe diem!

ungkapan mudah yang tidak mudah diterjemahkan.

Huyoooo......

Dah lama tinggalkan alam blog ni, hari ni sempat jenguk2....tergerak hati nak mencatat sesuatu tapi taka da idea.

Carpe diem!

now is the day....bila lagi? .....kalau bukan hari ini, nak tunggu esok.....mungkin bila dah esok, jadi sejarah...

nak tulis apa???

ntahhh..


Wednesday, September 18, 2013

Tatapan untuk kamu...


Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, dan cinta itu hanya istimewa apabila kau berikannya kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA",  tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"  jika kau tidak benar-benar peduli.  Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya.  Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Perkara  paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia lemah, jatuh dan tidak berdaya.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...bertahanlah  selama kau mampu bertahan  dan ia tetap akan menghiris luka sedalamnya selagi  kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah!  tetapi, jangan sampai terjerumus,..tersungkur Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita,  tetapi jangan simpan semua rasa sakit,  jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...                                                                                                              Hatimu retak melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu….malahan tidak jujur dalam cintanya padamu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila kamu  putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu, tanpa sebab….dan, cinta paling
menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...                                         Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang  yang  tidak  layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan dia buat selama2nya....

Andai kita menyalahkan takdir, maka ternyata kita salah. Seorang sahabat memberitahu aku, kita mesti sayang pada diri sendiri sebelum menyayangi seseorang. Meski kadang2 ia pahit, namun andai itu suratan yang telah wujud maka redha merupakan sesuatu yang amat perlu untuk diterima. Dia berpesan padaku, terimalah dengan hati terbuka…jika tersurat jodoh, pertemuan ajal maut Allah yang tentukan dan berkata padaku "sabar... Allah sayang dengan dirimu.. maka sebab yang ada, usahlah di fikirkan kenapa.. kena redha..kena kuat…” Aku memandang keluar..melihat suasana sekelliling, mengharapkan pokok, bukit serta alam yang ada memahami kesedihanku. Adakah ini hukuman untukku..adakah aku mesti menerima semua ini..kurasakan berat ujian ini..  Cinta anugerah dariNya..kasih sayang  Allah lebih besar dari segalanya..aku mengerti..aku redha.. Lambat laun, pasti masa akan sedikit mengubati. Aku berlalu pergi..bersama sebuah ingatan…….dunia ini kecil, tiada yang tahu apa terjadi esok di hadapan kita.. namun aku bersyukur..kerana masih ada yang sayang akan diri ini..usah di tangisi lagi pada apa yang telah terjadi.. Allah maha mengetahui atas apa yang terjadi. Pasti.....


Saturday, August 3, 2013

02:08:2013 @ 15:30 hrs

02:08:2013-15:30hrs- Untuk dikenang selamanya...kerana hidup perlu diteruskan! Tidak perlu menoleh ke belakang, kerana sejarah tidak akan berulang...masa depan adalah apa yang dirancang pada hari ini, untuk dicorakkan warna samada putih, hitam atau warna-warni keriangan serta kebahagiaan.

Alhamdulillah....semuanya sudah selamat. 
setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kehadrat Illahi kerana perancangan berjalan lancar..selamat dan insyaAllah selepas ini tiada halangan besar yg datang. Semuanya berkat doa semua, sahabat2, rakan2 serta ahli keluarga yg mendoakan. SYUKUR... — feeling happy.

Apa yang akan kutempuhi selepas ini, biarlah tuhan berkati dan aku mohon untuk terus diberi kekuatan zahir batin....menempuhinya dengan sabar dan matang....insyaAllah...Amiiinnn....

Friday, July 26, 2013

Alasanmu - Exists

      ....ternyata ada rahmatnya. 106 hari aku terlepas dari dosa yang aku tidak lakukan. Tiada ruang untuk simpati dan harapan...kerana itulah kesudahannya.

Xpdc-Kaca

............kaca. Hati juga ibarat kaca, ada ketikanya....rapuh, getas dan mudah retak!

UMBRELLA - RamalanKu Benar Belaka

                                       ...benar dan tepat!

DIY Honey Lemon Mask : for sensetive skin & acne problem | Pika Eugene

About Me

My photo
Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

Blog Archive

Pages